Contoh Terbaik !!! Rahsia Kejayaan Gadis Cantik Yang Berusia 19 Tahun
Jika sebelum ini kejayaan seorang gadis muda dapat memiliki rumah sendiri menjadi viral di media sosial, kini nampaknya kejayaan gadis yang akan kami kongsikan ini lebih hebat....
Mana tidaknya, gadis cantik yang dikenali sebagai Sofea Illias yang baru berusia 19 tahun ini sudah bergelar jutawan dan berjaya memiliki beberapa buah kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Cooper, Hilux dan Hummer. Malah semuanya dibeli dengan tunai....
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia yang membuatkan gadis muda ini berjaya sehingga ketahap seperti itu.... Jadi kami kongsikan semula ia disini pengalaman yang dilalui Sofea Ilias.....
"Ramai tanya kisah-kisah suka duka saya sebelum nak berjaya ni ape. Hihi . Camne ye nak cerita. Rasanya ramai kot kenal saya dari dulu? Saya datang kl masa umor 18. Berhenti belajar dari UiTM lepas 6 bulan je belajar . SPM sye 3A+ 3A 2A- 1B+. Ye saye memang dah tak boleh nak belajar sebab memang fikir bisnes. Niat di hati nak belajar medic sebab nak jadi doktor estetik. Tapi ada sorang doktor bagitahu, awak takkan jadi jutawan dengan jadi doktor. Itu buat saye tercabar. Impian nak buat produk sendiri start masa umur 16 tahun. Masa tu jual produk orang yang di re-pack nama Glutamax. Boleh google. Masa tu saya belajar di sekolah berasrama penuh di kuantan. Handphone tak boleh bawak ke asrama. Setiap hari saya pergi koperasi sekolah sewa 1 jam bukak fb & blog...
"Saya ambik nombor2 customer saya yang nak beli produk. Setiap malam lepas balik kelas belajar malam, saye call guna public phone no customer tu. Gigih ye tukar duit syiling masa tu. Masa tu beberapa pemborong saye dah kenal. Termasuk Atie, Best Buy Beauty Plaza, Hamizah Harun, Mimi Maiza (owner satin skinz), Rizi Biz, Lid Beauty Mall & banyak lagi sorry tak sebut nama. Saya cuma dapat pos barang hari jumaat je masa lepas pukul 2 petang iaitu masa free selepas solat jumaat. Itu rutin saye tiap minggu. Sampai ke form 5 masa tu buat rutin tu. Tak pernah penat! Balik je dari pejabat pos, saya cek baki duit bank kat akaun bank rakyat sebab masa tu bank rakyat je ada dekat taman IM 5 kuantan...
"Masa simpanan ada RM1800, saya nak beli TAB 7.0, masa tu fenomena touch screen & samsung dah start keluarkan tab-tab ni. Harga masa tu RM1500++ jugak. Saya call ayah dan mintak pinjam RM700. Alasan sebab senang nak bisnes. Masa tu saya dalam exam percubaan SPM dah. Ayah bagi duit pinjam. Ye lah kalau guna duit saya, mesti simpanan tinggal RM300 kan. Rasa sayang duit masa tu. Pastu glutamax tu jadi meletops, simpanan saye sehingga habis SPM masa tu nak dekat RM90 ribu. Hasil bisnes form 4-5. Duit tu jugak guna beli peralatan nak masuk UiTM...
"Lepas 6 bulan kat UiTM, saya berhenti belajar. Ayah tak marah pun. Sebab ayah tahu saye memang pandai bisnes. Dan saye tahu apa saye buat. Dulu ayah jugak yang ulang alik ambik stok kat kl & kuantan naik kancil comel kami. Ayah ada gout, smpai bengkak-bengkak kaki . Tapi ayah tetap nak bantu & taknak saya naik bas sorang-sorang. Saya memang anak manja ayah....
"Lepas berhenti, saye join modelling dan masa tu saya start tubuhkan Sofea Estetik. Join modelling banyak duit habis tau. Bukan mudah nak buat comcard. Masa tu simpanan saya tinggal rm3000. Dulu berlagak nak tinggal hotel, sekarang duit dah takda, dah merana. Saya takda tempat tinggal masa tu. Kawan yang bagi tumpang saya tinggal masa tu adalah kawan modelling jugak, Ratu Dewi. Saye memang berterima kasih sangat kat dia. Masa tu merempat takda rumah sewa. Kemudian saya berpindah ke Ukay Perdana Masa kat situ lah saya buat Aurora tanpa bantuan sesiapa pada mulanya. Saya jual guna fb personal. Saya tak tahu fb ads dan tak tahu marketing. Masa tu saya cuma yakin Aurora tu bagus maka ia akan dapat bertahan lama....
"Bungkus barang sorang, pos barang sorang, setiap hari hampir 1000 botol order retails. Memang sangat menggalakkan. Aurora ada 11 jenis produk dulu. Saya takda kereta, hari2-hari saya pergi pejabat pos di Taman Melawati naik teksi. Driver teksi tu sampai sekarang saya ingat, Kiki nama dia. Setiap hari! Kadang barang pos sangat berat. Tapi saya sorang2 buat tak penah kenal erti penat. Editing design pulak saya buat dekat Achik Printing. Ada 2-3 orang abang yang memang baik selalu layan otak saya printing sampai ke malam. Masa dulu sticker potong sendiri. Takda duit dan tak tahu kilang mana ada buat printing sticker. Hehe. Semua berubah smpailah saya jumpa Camelia. Saya berpindah ke Ipoh lepas saya dihalau oleh kawan sewa rumah kat ukay perdana. Saya tekad masa tu saya akan jadi milion. Saya taknak dipijak org! Orang pandang hina bila tak berduit! Masa tu rakan sewa rumah kahwin dengan director filem wak . Sesuai lah saya yang miskin dilayan begitu kan....
"Sye tak keluar rumah selama 4 bulan kat Ipoh. Saye fokus! Masa tu bulan puasa. Shopping raya pon saya tak shopping sangat! Saya fokus pada Aurora. Alhamdulillah pada Julai 2013 saya 1st capai 1 million pada usia 19 tahun. Saya pindah ke Klang balik dan hasilkan Wisputih pula pada tahun 2014. Alhamdulillah, Wisputih cuma 3 bulan saya dapat capai 1 million lagi, atas bantuan Safuan dan team marketing Virus.
"Tahun ni saya letopskan Aurora balik. Masa tahun ni lebih best sbab sticker dah takyah potong sendiri. Alhamdulillah, sehingga ke hari ni Aurora catat sales 2 millions. Pun atas bantuan team marketing Virus. Dulu saya naik teksi, sekarang saya ada 5 bijik kete Camry, Audi, Mini Cooper, Hilux dan Hummer. Semua saya beli cash! Yang penting saye tak lupa asal usul! Ingat nak berjaya jangan mudah putus asa! Kalau saya usia muda boleh takkan anda yang dah matang dan ada byk kemudahan seperti kereta , kebolehan tak boleh buat????
"Sebab tu ada orang hina saya, caci saya, langsung saya tak heran dan saya senyum! Sebab saya dah lalui sangat2 yang lagi hina dan susah dalam hidup. Cacian itu ibarat pembakar semangat....
Feww! Amacam? Sangat berinspirasi kisah kegigihan Sofea menubuhkan empayar yang ada sekarang. Bukan senang nak senang, semuanya hasil dari usaha yang gigih...
0 Response to "Contoh Terbaik !!! Rahsia Kejayaan Gadis Cantik Yang Berusia 19 Tahun"
Post a Comment