Komen mengejutkan Johan Raja Lawak isu Virus tersingkir d MLM 2014


Umum sudah mengetahui kumpulan Virus yang sebelum ini dianggap antara kumpulan pilihan mara ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2014 telah tersingkir malam tadi.

Penyingkiran ini agak mengejutkan ramai peminat mereka sehingga ada yang mendakwa peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2014 tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Lebih menarik, kawan rapat Zizan iaitu Johan Raja Lawak turut memberikan komen paling mengejutkan terhadap penyingkiran Virus menerusi komen di laman Instagram.

Nasib tidak memihak kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor di sini sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.

Sejak awal lagi, Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.

Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.
Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.
Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.
Berikut pula ialah screenshot komen Johan Raja Lawak selepas kumpulan Virus tersingkir semalam di separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014.

Sumber screenshot : Blog Sinarharian-on9

0 Response to "Komen mengejutkan Johan Raja Lawak isu Virus tersingkir d MLM 2014"

Post a Comment