Assalamualaikum ustaz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih.
Ini jawapan:
Bismillahi wal hamdulillah,
Kami
tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup
cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa
yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang
beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya
sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana
mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh
melihat dirinya dalam cermin.
Maka
untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut,
setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan
tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan
yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu
perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.
0 Response to "Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Ada Sesuatu Kematian? Ini Jawapan Serta Hukumnya "
Post a Comment