“Saya datang ke negara
ini untuk bercuti tetapi dipujuk kekasih untuk bekerja sebagai pelayan
pelanggan dan dipaksa memberikan khidmat sekssss.” Itu alasan lapuk seorang
pelanggan (GRO) yang ditahan polis dalam serbuan ke sebuah pusat
hiburan di Batu 9, Cheras, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, helah
wanita Vietnam berusia 23 tahun itu adalah helah biasa yang sudah kerap
didengar anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat
(D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang melakukan serbuan.
Ketua
Operasi, Asisten Superintendan Sobri Baki berkata, pihaknya melakukan
serbuan serentak ke beberapa kelab hiburan di Kajang, Puchong dan
Damansara Jaya.
“Keseluruhannya, seramai 49 GRO warga Vietnam dan
China berusia sekitar 26 hingga 34 tahun ditahan kerana didapati tidak
memiliki dokumen perjalanan yang sah selain melakukan pelbagai kesalahan
imigresen,” katanya yang ditemui sejurus tamat operasi.
Menurutnya,
polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 30-an yang bekerja
sebagai penjaga premis dan lapan lelaki Myanmar yang bekerja sebagai
pekerja am di premis yang diserbu.
“Premis hiburan di Kajang itu
sudah diserbu lebih tiga kali dalam tempoh enam bulan, namun masih tidak
serik menggajikan warga asing tanpa permit yang sah,” katanya.
Sobri
berkata, semua yang ditahan hanya memiliki pas lawatan sosial untuk
masuk ke negara ini dan semua yang ditahan dibawa ke IPD daerah Kajang,
Serdang dan Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kekasih Paksa Saya Bekerja Sebagai GRO "
Post a Comment