Akim Ahmad Mahu Beli Rumah Sebelum Berkahwin!!



Sebelum ini, pelbagai spekulasi yang melanda pasangan ini berkaitan agama. Apa pun, Akim Ahmad mengakui bahawa dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab mendidik Stacyuntuk mendalami Islam jika mereka disatukan kelak.
“Dia (Stacy) sudah makin hampir ke arah itu (untuk memeluk agama Islam). Insya-Allah, untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri,” jelasnya.
Selain itu, Akim juga sempat berkongsi perancangan untuk berkahwin sambil memberitahu mahu membeli rumah terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
“Kalau ada rezeki, saya mahu membeli sebuah rumah terlebih dahulu. Dapat rumah kecil pun tak apa yang penting, dapat berteduh bersama keluarga,” katanya yang dipetik menerusi portalMedia Hiburan.

0 Response to "Akim Ahmad Mahu Beli Rumah Sebelum Berkahwin!!"

Post a Comment