Prolapse rahim
adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala
terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh
ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal
menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim
seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan
ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh
sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim
jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk
ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan
faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’) Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle,
maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan
seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan
dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta
suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas
kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor
tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling
faraj.
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim
ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar
daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak
berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali
urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara
mereka yang mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang
teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar,
seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau
erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan
atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga
kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang
berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul
daripadanya.
0 Response to "PEREMPUAN WAJIB BACA : RAHIM JATUH DAN TERKELUAR SAKIT YANG BAHAYA BUAT WANITA "
Post a Comment