Pemandu Di London Kemalangan Gara Gara Che Ta
Bermula dengan hanya niat untuk mendapatkan gambar yang terbaik, siapa sangka, penangan kejelitaan Che Ta telah menyebabkan satu kemalangan berlaku ketika pelakon ini menghadiri satu sesi fotografi di London baru-baru ini.
Memetik daripada sumber slot Cik Pang di Harian Metro, pada awalnya dia hanya bergambar biasa-biasa. Kemudian jurugambar teringin mengambil gambar Che Ta di atas tembok berdekatan Marble Arch.
Demi mendapatkan hasil terbaik, Che Ta gigih memanjat tembok berkenaan walaupun waktu itu dia memakai kasut tumit tinggi lima inci. Apabila berdiri di atas tembok sekaligus perkara tersebut menarik perhatian orang ramai termasuklah pemandu di jalan raya ketika itu.
Ketika sedang bergaya di atas tembok, mereka terdengar bunyi dentuman kuat datangnya daripada kenderaan yang berlanggar. Katanya, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu menyatakan dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok.
Hebat juga penangan Che Ta ya di luar negara. Apa pun, semoga percutian Che Ta bersama keluarga ke Switzerland ketika ini baik-baik belaka hendaknya. Awas ya pemandu di luar sana. (rtky/s)
0 Response to "Pemandu Di London Kemalangan Gara Gara Che Ta "
Post a Comment