Emma Maembong Dedah Punca Dia Masih Sayangkan Zizan



KUALA LUMPUR- Biarpun hubungannya dengan Zizan Razak kini hanya tinggal kenangan, namun pelakon Emma Maembong memberitahu bahawa jauh di sudut hatinya, dia memang masih sayangkan pelakon serta pelawak kelahiran Terengganu itu.

Namun pada waktu yang sama dia (Emma) juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan yang memaksa mereka begitu.

"Tipulah saya kalau saya katakan saya tidak sayangkan dia (Zizan). Takkanlah saya mahu sia-siakan hubungan kami selama ini. Tapi, hendak buat macam mana....," kata Emma dalam keadaan sebak ketika diwawancara Hlive.
Ditanya sama ada  Zizan ada berusaha untuk memulihkan semula hubungan mereka, Emma Maembong memberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat demikian kerana masing-masing kesibukan.

"Dia sibuk dengan shooting. Saya juga sibuk dengan shooting. Buat masa ini kami sibuk membawa haluan masing-masing," katanya lagi.

Emma Maembong juga sedar bahawa ramai masyarakat di luar sana yang menganggap dirinya jahat dan menjadi punca kepada perpisahan mereka.
"Ya, masyarakat memang mampu berkata apa saja tanpa mengetahui kisah sebenar. Apa yang boleh saya katakan, biarlah apa orang nak kata," katanya lagi.

0 Response to "Emma Maembong Dedah Punca Dia Masih Sayangkan Zizan"

Post a Comment