Untung sungguh ibu kepada Hairul Azreen kerana mendapat seorang anak yang betul-betul menyayangi kedua ibu bapanya. Sebelum diijabkabulkan pada hari semalam bersama Hanis Zalikha, Hairul terlebih dahulu membelikan ibunya sebuah kereta.
“Hadiah terakhir sebelum saya kahwin kepada mak tercinta, terima kasih mak abah jaga Fendi dengan baik selama 27 tahun ini tak terbalas jasa dan pengorbanan mak abah,” kata Hairul di akaun Instagram miliknya sehari sebelum dia melangsungkan perkahwinan.
Berikutan perkara tersebut, Hairul mendapat pujian daripada peminatnya serta ucapan tahniah kerana mampu membahagiakan bukan sahaja ibu kandung sendiri malah dalam masa yang sama membuat persiapan yang lengkap untuk isterinya kini.
Apa pun, semoga apa yang dilakukan Hairul ini boleh menjadi contoh kepada orang ramai di luar sana untuk menghargai ibu dan bapa tercinta selagi mereka masih ada di dunia.
0 Response to "Hairul Azreen Ucap Terima Kasih Kepada Ibu Bapa, Tidak Terbalas Jasa Dan Pengorbanan mereka"
Post a Comment