Gambar pernikahan Raisyyah Rania Yeap atau sebelum ini dikenali dengan nama Felixia Yeapkini sedang hangat berlegar di Internet. Dia dikatakan sudah pun bernikah dengan lelaki pilihan.
Menurut sumber kami, lelaki pilihan Felixia Yeap ini adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (sebuah agensi di bawah MOSTI) bernama Dr. Rezal Khairi Ahmad.
Pada Mac lau, Felixia pernah menjelaskan di laman Facebook miliknya bahawa dia masih lagi bujang dan belum berpunya setelah diasak dan digosipkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja namun dinafikan oleh model ini sendiri.
Apa pun, peminat sudah mula membanjiri ruagan komen dengan ucapan tahniah di laman sosialnya malah ada yang bersedih kerana tidak dapat menjadi lelaki pilihan Felixia. Semoga keluarga ini sentiasa dilimpahkan rezeki selain dipermudahkan segala urusan.
0 Response to "Felixia Yeap Kini Sah Selamat Bergelar Isteri"
Post a Comment