Amaran Keras !! 10 Tabiat Biasa YANG BOLEH Bawa Maut
Tahun ini Food Safety atau “Keselamatan Makanan” dipilih oleh Pertubuhan Makanan Sedunia (WHO) untuk dijadikan tema Hari Kesihatan Sedunia.
Setiap tema yang diangkat oleh WHO merupakan isu kesihatan sejagat yang perlu diberi perhatian, sekaligus menandakan masyarakat dunia semakin perlu hati-hati dalam memilih makanan yang bakal masuk ke perut mereka dan keluarga.
Adakah ini petanda semakin banyak makanan ‘tidak selamat’ terhidang di rak kedai menanti masa menemui pengguna?
Benar terdapat banyak kes melibatkan makanan luar seperti makanan dalam tin atau dimasak penjaja yang mempunyai isu melibatkan kes keracunan namun perkara asas yang perlu diketahui adalah memastikan keselamatan makanan bermula dari diri anda sendiri.
Hal ini kerana kesilapan kecil boleh membawa kepada tragedi melibatkan makanan.
Satu fakta yang harus diambil berat adalah kuman seperti Salmonella hanya perlu berada pada 15 hingga 20 sel sahaja dalam makanan kurang masak untuk jadi penyebab keracunan. Manakala jika secubit makanan dicemari toksin botulinum masuk ke dalam perut, ia sudah cukup untuk buat manusia lumpuh atau mati.
Di bawah kami senaraikan tabiat yang mungkin biasa kita lakukan sehari-hari tapi sebenarnya merupakan satu KESALAHAN kerana ia boleh mencemar makanan bakal dijamah seterusnya membuat diri sendiri mahupun keluarga tersayang jatuh sakit!
Kesalahan #1: Merasa makanan sama ada ia masih boleh dimakan ataupun tidak.
Mengapa: Jangan fikir rasa yang tak terlalu berubah bermakna tiada bakteria yang sudah pasti anda tak mampu lihat guna mata kasar. Walau cuma secubit, makanan yang dijangkiti bakteria boleh membuat anda jatuh sakit.
Penyelesaian: Buang makanan yang disyaki tak lagi elok sebelum bakteria membiak padanya.
*Pastikan anda tahu carta tempoh hayat makanan termasuk yang disimpan dalam peti sejuk.
Kesalahan #2: Meletak daging yang sudah dimasak berhampiran daging mentah (dilakukan ketika barbeku misalnya).
Mengapa: Kuman yang terdapat pada daging mentah dengan mudah berpindah kepada daging yang sudah sedia untuk dimakan.
Penyelesaian: Sentiasa gunakan pinggan asing untuk meletak daging mentah dengan yang sudah masak, begitu juga halnya dengan telur dan makanan laut.
Kesalahan #3: Membiarkan makanan mencair pada suhu bilik.
Mengapa: Kuman berbahaya boleh membiak dengan mudah dan cepat pada suhu bilik.
Penyelesaian: Cairkan makanan dengan mengubahsuai suhu peti sejuk, menggunakan air sejuk atau gelombang ketuhar.
Kesalahan #4: Mencuci daging.
Mengapa: Mencuci daging mentah boleh menyebarkan bakteria pada sinki, permukaan kaunter dan dapur.
Penyelesaian: Jangan cuci daging dan telur.
Kesalahan #5: Membiarkan makanan terdedah pada suhu bilik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
Mengapa: Bakteria yang boleh menyebabkan keracunan boleh membiak dalam masa dua jam kecuali ia segera disimpan dalam peti sejuk.
Penyelesaian: Jangan biar makanan lebih dari dua jam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk (atau sejam jika cuaca hari itu melebihi 32ºC).
Kesalahan #6: Memakan doh belum dimasak atau lain-lain makanan yang menggunakan telur mentah sebagai bahan.
Mengapa: Telur mentah mungkin mengandungi Salmonella atau bakteria berbahaya lain.
Penyelesaian: Pastikan telur dimasak. Elak makanan mengandungi telur mentah atau kurang masak.
Kesalahan #7: Membiarkan perapan daging atau makanan laut di luar peti sejuk.
Mengapa: Bakteria berbahaya pada daging atau makanan laut boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik.
Penyelesaian: Pastikan makanan yang diperap disimpan dalam peti sejuk.
Kesalahan #8: Mencampur daging (atau makanan laut) sudah diperap pada makanan sedang dimasak.
Mengapa: Kuman pada daging atau makanan laut yang mentah boleh tersebar pada masakan.
Penyelesaian: Daging yang diperap hanya boleh dicampur dalam masakan jika ia dipanaskan dengan air mendidih terlebih dahulu.
Kesalahan #9: Daging, makanan laut dan telur tidak cukup masak.
Mengapa: Walau sudah dimasak makanan masih tidak selamat dinikmati jika suhu ketika memasak tidak cukup tinggi untuk membunuh kuman yang ada padanya.
Penyelesaian: Masak pada suhu betul atau gunakan termometer makanan untuk memastikannya.
Kesalahan #10: Tidak mencuci tangan dengan sempurna.
Mengapa: Kuman pada tangan boleh mencemar makanan yang dinikmati anda dan orang lain.
Penyelesaian: Cuci tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan. Jika tidak pasti tangan sudah benar-benar bersih, cuci sekurang-kurangnya 20 saat guna sabun, di bawah air mengalir.
0 Response to "Amaran Keras !! 10 Tabiat Biasa YANG BOLEH Bawa Maut"
Post a Comment