Susulan itu, Farhan menerima kecaman dari orang ramai. Ada yang menganggap beliau sengaja mencari populariti apabila berkahwin dengan Abby Abadi.
Apapun, tindakan jejak berusia 24 tahun itu bergiat dalam dunia seni perlu dipandang secara positif dan diberi galakkan serta semangat, tak gitu?
Nama Noor Farhan Che Bakar tiba-tiba jadi sebutan bila kes perkahwinan diam-diam dan perceraian dengan bekas pelakon Abby Abadi jadi perhatian peminat sedikit masa lalu.
Selepas reda dan selesai masalah rumah tangga dan mereka sah bercerai,
kini Noor Farhan, 25, mula berjinak-jinak dengan bidang seni. Bukannya
mahu menumpang nama Abby sebaliknya mahu mencuba nasib.
Dia juga turut mencuba peragaan. Bukan mahu jadi model catwalk sebaliknya model commercial untuk iklan cetak dan iklan TV.
“Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya
lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam
pantas sahaja.
“Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak
yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency.
Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.
“Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Farhan yang juga sedang mengintai peluang untuk terjun ke bidang lakonan.
Dia akui belum pernah ada pengalaman dan terpanggil untuk mencuba nasib bila dapat dorongan daripada rakan sekeliling.
“Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada
mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi
tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap
dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui
semua itu.
“Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi,” sambung Farhan kepada Mangga Online.
Dia minat dengan watak aksi khususnya pasal kereta drift. Walaupun tidak
belajar skilnya, tetapi dia boleh melakukan aksi drift kerana minat.
“Kalau ada lakonan aksi memang saya minat,” kata Farhan yang kini sedang giat menurunkan berat badan.
Dia aktif ke gimnasium dan sudah mampu turun 10 kg dalam masa beberapa
minggu sahaja. Dia kini mencecah 80kg daripada berat 90kg sebelum ini.
Farhan sedang berusaha untuk kembali kepada susuk asal 70kg.
Sumber : Blog Beritasemasa22
Sumber : Blog Beritasemasa22
0 Response to "7 Gambar terkini aksi manja Farhan pasti amat mengejutkan Abby Abadi & Norman Hakim"
Post a Comment