KUALA LUMPUR, 27 MEI 2015: Pelakon Kamal Adli akui sudah terlebih dahulu menghubungi pelawak Zizan Razak bagi perjelaskan gosip mengenai dia punca keretakkan hubungannya dengan Emma Maembong sebelum ini.
Kamal Adli berkata dia berbuat begitu supaya tidak mahu dia terus dituduh menjadi punca kepada keretakan hubungan mereka sebelum ini.
“Masa mula-mula gosip mengatakan saya punca mereka ada masalah dalam hubungan cinta, saya terus menghubungi Zizan bagi perjelaskan serta clear things apa yang berlaku. Saya tak mahu Zizan percaya akan gosip itu.
“Lagipun ketika gosip dan isu ini berlaku memang saya, Zizan dan Emma menjalani penggambaran sebuah drama bersama dan saya tahu ketika itu mereka memang ada masalah tetapi saya sendiri tidak tahu apa sebabnya.
“Namun saya nak tegaskan disini saya mula rapat dengannya selepas hubungan cinta mereka berakhir,” katanya kepada murai.com.my
Kamal ditemui media ketika hadir menemani Emma Maembong di acara pertunjukan koleksi Raya Melinda Looi di Kota Damansara baru-baru ini.
Sementara itu, Kamal memberitahu hubungannya dengan Zizan masih baik sehingga kini.
“Saya dan Zizan baik-baik sahaja. Hubungan kami sama seperti dahulu dan tiada masalah,” jelasnya lagi
Kamal dan Emma kini sedang menjalani penggambaran bersama untuk drama bersiri Jodoh Sebelah Pintu arahan Micheal Ang.
0 Response to "JAWAPAN KAMAL ADLI KEPADA ZIZAN RAZAK APABILA DIKECAM KERANA DIANGGAP PERAMPAS"
Post a Comment