7 Alasan Yang Boleh Digunakan Wanita Untuk Selalu Makan Coklat

7 Alasan Yang Boleh Digunakan Wanita Untuk Selalu Makan Coklat

Siapa yang tak sukakan coklat? Pasti semua sukakan kenikmatan coklat.
Bukan itu sahaja, setiap gigitan juga akan membuatkan kita gembira.
Jadi, untuk para lelaki, jika ingin memujuk teman wanita anda, hadiahkan mereka coklat, pasti hati mereka akan cair.
Tetapi, bukan itu sahaja, tahukah anda coklat juga mempunyai khasiat yang sangat baik untuk wanita?

Dapat mencegah komplikasi semasa hamil

1
Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa memakan coklat semasa sedang hamil boleh mencegah atau mengurangkan sehingga 70% risiko komplikasi tekanan darah tinggi yang dipanggil pra-eklampsia. Coklat mengandungi sebatian “theobromine” yang berfungsi mencegah komplikasi semasa mengandung.

Meningkatkan konsentrasi atau tumpuan

2
Memakan coklat akan melancarkan pengaliran darah ke otak diaman ia akan memberi oksigen yang cukup kepada otak menyebabkan tahap tumpuan meningkat. Ini terutamanya dengan 50% daripada glukosa dalam tubuh, digunakan oleh otak.

Mencegah penyakit jantung

3
Dengan pengambilan coklat ia akan menurunkan kegiatan enzim dalam badan yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Oleh itu, makan coklat yang tidak ditambah gula boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Menurunkan paras kolesterol dalam darah

4
Coklat boleh mengurangkan risiko anda untuk diserang sakit jantung dan otak. Ini kerana pengambilan akan menyebabkan paras kolesterol dalam pembuluh darah berkurang. Kolesterol boleh menyebabkan pembuluh darah ke jantung dan otak tersumbat.

Mengurangkan kerutan kulit/awet muda5

Berdasarkan kajian coklat mengandungi antioksidan yang dapat mengurangkan kerutan pada kulit wajah. Selain itu coklat mengandungi kuantiti flavanol yang tinggi di mana falvanol dapat menghalang berlakunya kerutan kulit akibat terdedah pada sinar matahari.

Melegakan sakit semasa datang haid/senggugut

6
Makan coklat boleh membantu wanita megurangkan atau tidak rasa sakit semasa datang haid akibat senggugut. Ini kerana coklat mengandungi kafein yang merupakan penghilang rasa sakit.

Boleh dijadikan lulur

7
Selain dimakan coklat boleh dijadikan masker muka dan lulur. Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung di dalam coklat berkhasiat untuk melembutkan kulit, menghaluskan kulit dan memutihkan/mencerahkan kulit yang kusam.

0 Response to "7 Alasan Yang Boleh Digunakan Wanita Untuk Selalu Makan Coklat"

Post a Comment