Rozita Che Wan merupakan salah seorang selebriti yang paling menjadi perhatian orang ramai dan popularitinya mengatasi artis-artis senior yang lain.
Apa sahaja perkembangan yang berkaitan diri dan keluarga Che Ta pasti akan menjadi viral di laman sosial. Malah tidak kurang juga yang suka mencaci dan meluahkan rasa meluatnya mereka.
Nah.. antara isu yang pernah hangat diperkatakan mengenai aktres jelita ini ialah penampilannya yang sering memakai gaun dan busana ketata mengikut bentuk badan.
Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.
Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.
Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.
Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mStar online mempunyai
jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun
ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat mengikut bentuk badan bukan
sahaja dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan malah
dapat mendisiplinkan diri dalam aspek pengambilan kuantiti makanan.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka
memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat
dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."
0 Response to "Inilah 2 sebab sebenar Rozita Che Wan gemar pakai gaun ketat ikut bentuk badan"
Post a Comment