Selepas hukuman penjara 5 tahun ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan semalam oleh Mahkamah Persekutuan, kini anak perempuan kedua beliau iaitu Nurul Nuha bakal bertanding di Parlimen Permatang.
Mungkin ramai tak tahu bahawa Nurul Nuha sudah mempunyai seorang anak dan kini begitu bersemangat untuk menuntut pembebasan ayahnya.
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang untuk menamakan Nurul Nuha Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar.
Izzah yang juga anak sulung Anwar memberitahu, setakat ini Nurul Nuha yang merupakan anak kedua daripada enam beradik akan memberikan tumpuan terhadap kempen 'March To Freedom', yang diasaskan untuk menuntut pembebasan bapa mereka.
Anwar dipenjarakan selama lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Tidak ada cadangan daripada pihak kami untuk umum pencalonan mana-mana pihak untuk bertanding (pilihan raya).
"Pada hari ini tumpuan khusus diberikan terhadap perjuangan menuntut
kebebasan Datuk Seri Anwar menerusi kempen March Of Freedom," katanya pada sidang media kempen tersebut di kediaman keluarga Anwar di Segambut pada Rabu.
Nurul Izzah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pihak media sama ada kempen yang diasas dan digerakkan oleh Nurul Nuha itu merupakan satu usaha untuk membawa adiknya kepada masyarakat umum sebelum melibatkan diri dalam politik.
"Berdasarkan rekod, bertanding di negara ini bukan mewakili parti pemerintah agak sukar dan mencabar.
"Setakat ini saya dan ibu, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah terlibat dalam politik dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk bertahan...kami 'dipisahkan' daripada bapa kami.
"Biarlah saya dan ibu meneruskan perjuangan (politik)," katanya.
Pada Rabu, anak kedua pasangan Anwar- Dr Wan Azizah itu mengumumkan kempen March To Freedom sebagai perjuangan menuntut kebebasan ketua pembangkang itu.
Beliau bertindak selaku pengasas dan bertanggungjawab menggerakkan kempen tersebut.
Pengenalan kempen itu bagaimanapun mewujudkan khabar angin bahawa ibu kepada seorang anak itu akan menggantikan bapanya dengan bertanding di kerusi Permatang Pauh yang kosong setelah Anwar terlucut jawatan ahli Parlimen kerana dipenjarakan selama lima tahun.

Sumber : mStar
0 Response to "2 Gambar Nurul Nuha, anak perempuan kedua Anwar Ibrahim"
Post a Comment